Khamis, 20 Ogos 2009

Syurga dan Neraka : Majlis Fatwa vs Nik Aziz... Siapa yang jahil & sesat...


Akhir-akhir ini, senario politik negara kita kembali panas. Banyak isu-isu yang timbul yang telah dimainkan oleh parti-parti politik pakatan rakyat yang baru setahun lebih bergabung iaitu parti DAP, PKR & PAS... DAP dengan isu penjualan araknya di Selangor, isu kongsi gelapnya, isu selewengnya, isu kandang babi di Kedah dan banyak lagi termasuk terbaru isu kematian Teoh Beng Hock yang sedang dalam kes mahkamah sekarang ini. PKR pulak timbul dengan isu-isu masalah pentadbirannya di Selangor, isu penyelewengan, isu kuil dan banyak lagi termasuk yang terbaru ni isu MP Padang Serai iaitu Gobalakrishnan(paria) ni yang nak jadi ' Hero Tamil' pada hari penamaan calon DUN permatang pasir..

PAS pun tak kurang hebat dengan isu-isunya dengan demonstrasi jalanannya, isu araknya, kandang babinya, dan yang terbaru ini isu yang paling panas iaitu syurga & neraka yang ditimbulkan oleh Mursyidul Am nya iaitu Dato Nik Aziz Nik Mat. Isu ini ternyata telah membuka mata ramai pihak terutama kepada orang-orang Islam yang melihat isu ini sebagai isu besar yang perlu diperjelaskan. Nik Aziz telah mengatakan bahawa 'sesiapa yang menyokong umno tidak akan masuk ke dalam syurga'... Untuk makluman, ini bukannya kali pertama Nik Aziz membuat kenyataan terbuka seperti ini...malah sebelum ini Nik Aziz pernah berkali-kali membuat kenyataan seperti ini yang membenarkan memaki hamun, membolehkan mencarut, tuhan samseng, DAP hina islam dan sebagainya. Isu ini juga telah memaksa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang telah dikatakan oleh Nik Aziz itu adalah salah dan menyimpang dari ajaran islam sebenar.

Ternyata Nik Aziz yang selama ini digelar sebagai 'ulamak' jelas telah jauh menyimpang dan salah dalam mengeluarkan pandangan. Nik Aziz hanya ulamak yang berkepentingan politik semata-mata. Pandangannya hanya sekadar untuk meraih sokongan kepada parti PAS dan parti kroninya semata-mata. Islam telah diperalatkan oleh parti PAS hanya sekadar untuk merebut kuasa. Bagi PAS solat orang-orang umno tak sama dengan solat orang-orang mereka..Sungguh jumud pemikiran orang-orang PAS ini. Bagi mereka seolah-olah Syurga dan Neraka itu ada dalam tangan Nik Aziz... Kepada orang-orang PAS 'bertaubatla'... (macam Karpal Singh cakap pada Anwar Berahim)...

Dibawah ini disertakan sedikit tazkirah ringkas oleh bekas aktivis PAS yang juga merupakan rakan baik kepada Nik Aziz selama 35 tahun didalam PAS iaitu Ustaz Omar Bin Khalid mengenai isu-isu yang timbul sejak akhir-akhir ini.



Sabtu, 15 Ogos 2009

Pakar rujuk PAS untuk Islam adalah DAP...

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak melenting malah tidak membantah sedikitpun di atas tindakan segelintir pemimpin DAP yang akhir-akhir ini lantang menghina Islam. Beliau sebaliknya menyatakan tindakan pemimpin DAP itu menghina Islam disebabkan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.

DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya.

Ulamak apa Nik Aziz ni? Sanggup dia keluarkan 'statement' macam ni.. Dimana letaknya maruah dia sebagai seorang ulamak orang islam...bila mana orang-orang kafir ini, menghina dan mengutuk islam... Disebabkan orang yang menghina ini adalah dari parti DAP, kawan sebantal dia, maka sebab itu Nik Aziz dia boleh keluarkan statement macam tu..dia tak kisah pun kawan dia DAP ni nak cakap apa mengenai islam..

Dulu Nik Aziz dia pernah mengatakan pada media yang DAP itu adalah sama saja dengan SETAN..Tapi sekarang ni dengan SETAN nilah dia berkawan..Mungkin bagi Nik Aziz DAP adalah SETAN yang dah kembali ke pangkal jalan..itu pasal dia boleh tidur sebantal...

Cuba yang menghina ini adalah orang-orang yang bukan kawan sebantal dia...sudah tentu dia melenting dan akan mengutuk sekeras-kerasnya... Inilah perangai sebenarnya ulamak-ulamak yang terdapat didalam PAS...matlamat menghalalkan cara...islam dipergunakan, janji aku berkuasa...inilah parti PAS...

Nik Aziz juga ada berkata tindakan pihak tertentu yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa melayu, adalah tidak wajar sama sekali. Sebaliknya Nik Aziz berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR itu dan bukannya membuat serangan peribadi menyerang batang tubuh seseorang. Nik Aziz berkata islam tidak mengajar umatnya menyerang dan membuat kutukan pada diri seseorang secara terus...

Tetapi dia dah lupa... Nik Aziz dan kawan-kawan dia sebelum ni tidak lama dulu pernah secara terang-terang mengutuk dan melabelkan seseorang...tetapi dia dan kawan-kawannya yang kononnya digelarkan 'ulamak' ini tidak pernah pun rasa bersalah...

Salah seorangnya adalah Dr. Badrul Amin dalam satu ceramah Pas dan PKR di Kelantan. Beliau ini begitu jelas telah memaki hamun dan mencerca Mufti Perlis, iaitu Dr.Asri tanpa ada rasa malu dan tiada batasan. Beliau ini telah mengatakan Dr.Asri sebagai GILA dan menggelarkan Mufti Perlis ini sebagai bapak kepada SETAN... Ni apa punya ulamak ni..? Pakai jubah, pakai kopiah buat ceramah...pastu mengutuk & mengata orang.. Kalau orang yang bercakap ni takde ilmu, takpe...kita boleh terima, tapi yang bercakap ini adalah seorang yang terpelajar, belajar tinggi-tinggi, ada ilmu agama...tetapi disebabkan dia dah terjun ke dalam kancah politik...ulamak seperti ini, dah jadi haprak...pemecahbelah umat manusia. Ni lah dia kawan-kawan ulamak Nik Aziz... boleh lihat kat bawah ni.....



Tapi bagi saya, kalau ditanya isu ini pada Nik Aziz, sudah tentu dia akan berdolak dalih..dan akan menyebelahi kawan ulamak dia ni...Nik Aziz akan menghalalkan segala apa perkara buruk yang dilakukan oleh kawan-kawan dia..walaupun terbukti perkara itu sebenarnya salah dan dilarang didalam Islam..Dah nyata dan jelas, bahawa ulamak-ulamak seperti ini sebenarnya wujud adalah untuk tujuan politik semata-mata..bagi mereka pengikut-pengikut mereka baik-baik belaka dan semua akan masuk syurga... Dengan status 'ulamak' yang diberikan kepada mereka, maka mereka menganggap mereka ini sudah ditahap terbaik dan akan dijamin masuk ke dalam syurga...Sebab itu mereka ini boleh buat sesuka hati apa yang mereka nak buat..yang pada mereka ini, semunya adalah baik, walaupun memaki hamun, mengutuk, mencarut dan sebagainya...

Begitu juga dengan rakan sebantal PAS iaitu DAP..sekarang ni DAP adalah tempat rujukan bagi parti PAS... PAS nak buat hudud, tapi DAP tak bagi.. makanya hudud tidak boleh dibuat.. PAS nak haramkan penjualan arak, tapi DAP tak bagi.. makanya arak dibenarkan jual...PAS nak wujudkan pemerintahan islam, tapi DAP tak bagi..langkah mayat dia dahulu...makanya PAS benarkan DAP hina islam... Inilah senario apa yang telah berlaku pada parti yang kononnya perjuangkan islam ini iaitu parti PAS..Islam hanya diatas kertas..dan yang tinggal hanya slogan semata-mata...

Sebab itu PAS boleh mengeluarkan 'slogan'... sesiapa undi PAS akan masuk syurga... tetapi sesiapa yang undi selain daripada PAS dan sekutunya akan masuk neraka jahanam...inilah dia ulamak-ulamak dalam PAS...menganggap seseolah neraka dan syurga itu adalah hak milik mereka..hanya disebabkan nakkan kuasa politik, mereka sanggup menjadikan Islam itu sebagai alat untuk mereka..mereka ni lupa sebenarnya Syurga dan Neraka itu adalah perkara-perkara ghaib yang menjadi hak mutlak Allah swt..tiada kuasa lain yang mengetahui selain daripada Allah swt.. kedudukan seseorang muslim itu akan diukur melalui keimanan & ketakwaannya kepada Allah swt..dan bukannya melalui parti apa yang dianuti dan sebagainya...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Sabar Mencerminkan Keimanan


RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, "Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga."Riwayat Bukhari Huraian

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Khamis, 13 Ogos 2009

Isu Arak : Hasan Ali tidak akan tunduk desakan DAP. Persolannya sampai bila boleh bertahan?


Pesuruhjaya PAS Selangor Dato'Dr. Hasan Ali telah membuat kenyataan bahawa beliau sanggup melepaskan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri sekiranya diarahkan oleh pimpinan kerajaan negeri dan pucuk pimpinan parti PAS pusat. Ternyata Dr.Hasan Ali konsisten dengan apa yang dia lakukan sebelum ini untuk menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang berkaitan penjualan minuman keras(arak) di Selangor dan berani menanggung risiko dikenakan tindakan.

Disini saya boleh kata menyokong langkah Dr. Hasan Ali kerana ternyata beliau serius untuk menangani masalah penjualan arak di selangor ini yang melibatkan orang-orang islam. Tetapi persoalannya disini, sampai bilakah Hasan Ali dan PAS Selangor boleh konsisten dan boleh bertahan? Adakah langkah yang diambil Dr.Hasan Ali ini mewakili kepada pendirian PAS, terutamanya PAS di peringkat pusat.

Ini kerana, kita lihat dari awal isu ini timbul, tidak ada seorang pun pimpinan-pimpinan dari PAS pusat yang berani untuk memberikan kenyataan menyokong pendirian & langkah Hasan Ali mengenai isu penjualan arak ini. Hasan Ali hanya dibiarkan 'terkontang kanting' seorang diri mempertahankan dirinya daripada serangan-serangan taiko-taiko dari DAP. Ternyata pemimpin-pemimpin didalam PAS ini terutamanya nakhoda kapalnya dan presiden partinya iaitu Dato Nik Aziz dan Hadi Awang terang-terang mereka adalah penakut. Mereka ternyata takut lagi dengan DAP daripada menegakkan perjuangan mereka.

Semasa isu arak ini timbul, Nik Aziz hanya berkata bahawa dia tidak mahu masuk campur urusan orang di negeri lain. Ini apa punya statement ni? Sepatutnya sebagai seorang Tuan Guru/Ulamak , Nik Aziz seharusnya memberikan komen dan pendapatnya yang jelas. Ini bukan isu biasa, tetapi ini adalah isu besar yang mana ia melibatkan orang-orang islam dan sensitiviti agama. Ini melibatkan kepimpinan PAS. Adakah ini ulamak-ulamak yang selama ini PAS selalu puja-puja. Bila ada sesuatu isu yang kena pada orang-orang UMNO & BN bukan main lagi cepat-cepat Nik Aziz dan orang-orangnya bagi komen, tapi bila sesuatu isu timbul yang kena pada parti kawan-kawan sebantal dia, boleh plak dia no komen dan berdolak dalik. Ini ke perjuangan PAS sebenarnya?

Kita lihat tak lama dulu, isu kontroversi bogel exco Selangor Elizabeth Wong dengan lelaki melayu dan diambil gambar bogel, Nik Aziz boleh bagi komen, mempertahankan exco bogel tu, dan kata itu hak dia nak berbogel ke atau tak ... Tapi bila isu-isu melibatkan orang-orang BN (contohnya kes Chua Soi Lek), tak sempat-sempat pemimpin PAS nak bagi komen, kutuk dan keluarkan macam-macam fatwa. Inilah realitinya perjuangan sempit parti politik yang bernama PAS. Menggunakan nama diatas perjuangan Islam, tetapi realitinya Islam hanya digunakan untuk tujuan kepentingan berpolitik semata-mata dan hanya untuk merebut kuasa.

Di Selangor misalannya, PAS dan Dr.Hasan Ali dulu sebelum berkuasa bercakap dan berjanji macam-macam pada rakyat. Nak hapuskan babi, nak tutup kilang arak, nak hapuskan kedai judi, rumah urut dan macam-macam lagila janji kepada rakyat. Tetapi setelah diberikan kuasa memerintah, adakah PAS mereka benar-benar konsisten dengan perjuangan mereka. Ternyata hipokrit dan hanya mengaburkan mata dan menipu rakyat. Jelas disini, PAS di Selangor hanya menjadi parti tempelan sahaja kepada Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri PR melalui mesyuarat exco pada sebelum ini dulu telah membuat keputusan bahawa tidak akan ada lagi masjid-masjid baru yang akan dibina di seluruh negeri Selangor, tetapi sebaliknya mesyuarat telah memberi kelulusan kepada kuil-kuil dan gereja-gereja untuk diperbesarkan. Tidak hairanlah nanti, kita lihat akan adanya kuil-kuil atau gereja yang dibina di Selangor ini setaraf dan sama besarnya dengan masjid-masjid. Adakah ini yang PAS bangga2kan untuk membawa Islam di Selangor?

Persoalannya disini, adakah PAS telah memperjuangkan Islam yang lebih baik daripada UMNO sebelum ini? Jawapannya sudah tentu tidak. Seingat saya, sepanjang menjadi kerajaan di Selangor sebelum ini, walaupun ada kekurangan, UMNO tidak pernah sesekali berkompromi kepada perkara-perkara yang boleh menganggu gugat kedudukan agama Islam di negeri ini, apatah lagi perkara-perkara yang menyentuh sesitiviti agama khususnya dan masyarakat amnya. Kita harus sedar dan insaf tentang perkara ini, bahawasanya ' Tidak ada satu kerajaan pun yang sempurna didunia ini, melainkan kerajaan Nabi SAW dan para-para sahabatnya.

Jelas sekali, sebenarnya DAP & PKR menjadi lebih dominan daripada PAS didalam kerajaan negeri PR di Selangor ini. Segala tindak tanduk DAP dan PKR selepas ini sudah tentu akan mendapat sokongan dari kedua-dua mereka, dan PAS selepas ini akan menjadi seperti 'bola' yang akan sentiasa di sepak terajang ke sana ke mari oleh kerajaan Pakatan Rosak ini untuk menjaringkan gol. PAS harus sedar semua ni, bahawa mereka sebenarnya telah diperalatkan, ditunggangkan, ditonggengkan dan dicucuk dari belakang oleh rakan-rakan sebantal mereka untuk kepentingan parti masing-masing.

Rabu, 12 Ogos 2009

Pengkhianat: Anwar mahu Umno bertanggungjawab soal keselamatannya


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti umno secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Ini ayat Anwar "Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya. Saya telah diberitahu bahawa terdapat usaha daripada pemimpin dan bekas pemimpin Umno untuk lakukan sesuatu bagi mengganggu mesyuarat-mesyuarat dan program-program yang akan kita adakan,"....

Anwar kata, dia bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut "perkauman."

Yang peliknya kenapa dia nak takut. Kawan baik dia DAP kan ada ramai taiko2 & samseng2 yang boleh jaga dia & anak beranak dia. UMNO rasanya tak pernah pun ugut2 dia. Kita hanya menyokong secara beramai-ramai mempertahankan kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin bahawa Anwar Berahim ni sememangnya seorang pengkhianat kepada perjuangan bangsa melayu.

Sememangnya Anwar ni adalah pengkhianat bangsa yang telah memecahbelahkan orang2 melayu. Perjuangan dia sebenarnya lain takde iaitu hanya kemaruk nak jadi Perdana Menteri. Sebab itu selagi orang yang bernama Anwar Berahim ni masa ada, selagi itulah orang2 melayu akan berpecah & akan membawa kepada permusuhan kepada orang2 melayu khususnya & kepada negara amnya.

Semalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin.

Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.

Kumpulan itu berhimpun kirakira sejam setengah dengan membawa beberapa sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin serta menyelar Anwar.

Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.

Yang Dipertua DPMP, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, angkara Anwar sejak kebelakangan ini menghakis perpaduan orang Melayu dan kaum di negara ini.

Selasa, 11 Ogos 2009

Isu dalaman Pakatan: Dirancang atau secara kebetulan?



Perkembangan semalam sememangnya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keadaan Pakatan Rakyat boleh diibaratkan seperti "retak menanti belah" berikutan polemik serta pelbagai masalah yang dihadapi antara parti-parti dalam pakatan tersebut.

Pakatan Rakyat kini sedang berhadapan dengan isu terbaru iaitu perbalahan antara PAS dan DAP di Selangor berhubung isu penjualan arak. Ini antara siri isu yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Ternyata Pakatan Rakyat yang hanya dibentuk semasa pilihanraya umum, umur setahun jagung tidak boleh sebenarnya untuk mentadbir, apatah lagi ingin ke putrajaya untuk membentuk kerajaan pusat. Boleh lihat apa yang dah berlaku di Kedah, Perak, Pulau Pinang & di Selangor. Segala janji2 manis semasa PRU 12 hanya setakat diatas kertas.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencabar PAS supaya keluar daripada pakatan pembangkang atas alasan PAS menerima layanan baik daripada rakan-rakannya di dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR. Secara langsung ia telah merujuk kepada perkembangan semasa yang berlaku khususnya di Selangor.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menekankan bahawa Selangor perlu kembali kepada BN kerana ia merupakan nadi kepada pembangunan negara. Tetapi dengan syarat parti2 komponen BN harus insaf dan sanggup melakukan perubahan (sedar diri).

Pandangan2 ini dikeluarkan ketika tumpuan beralih ke arah kerusi Dewan Undangan Permatang Pasir, yang tarikh pilihan raya kecilnya telah ditentukan oleh SPR iaitu pada 25 Ogos 2009 (awal ramadhan).

Jadi, isunya disini bukan sahaja pilihan raya kecil Permatang Pasir menarik untuk kita lihat, malah apa yang turut menarik perhatian adalah isu yang akan dicanangkan semasa menjelang pilihan raya kecil ini nanti.

Ini bukan kali pertama isu-isu seperti ini timbul atau dibangkitkan menjelang pilihan raya kecil. Malah sebelum ni, di Kedah PAS & DAP pun pernah bertelagah pasal isu babi, tetapi lepas tu mereka boleh berlaga2 pipi balik. Inilah lakonan mereka.

Kali ini isunya adalah berkaitan penjualan arak di Selangor, yang mana melibatkan PAS & DAP jugak. PAS mahu kerajaan negeri yang dikepalai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR untuk melaksanakan peraturan baru bagi mengawal jualan minuman keras di kawasan-kawasan yang penduduk majoritinya adalah masyarakat Islam.

Idea PAS selangor ini juga telah disambut baik oeh UMNO. Tetapi hakikatnya PAS di Selangor adalah hanya diibaratkan celah gigi je bagi DAP & PKR. Dua bulan dulu, DAP mencabar PAS di Kedah. Kini di Selangor PAS pula mencabar DAP.

Tapi percayalah,akhir dari sandiwara ini nanti kita akan dapat lihat PAS & DAP akan berpeluk & berlaga pipi balik. Ini semua wayang dari pakatan je.Dapat pulak MB yang macam Khalid Berahim yang jenis hidupnya 2 alam.
Sama ada isu ini diutarakan secara kebetulan ataupun sebaliknya masih belum ada gambaran yang jelas. Tetapi pihak dalaman Pakatan Rakyat sendiri menganggap ini sebagai isu kecil atau isu tempatan yang tidak akan membawa kesan ke atas Pakatan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Tetapi aspek yang ingin ditekankan di sini ialah soal 'masa' isu-isu ini, walaupun kecil dan setempat, timbul dan dibangkitkan.

Menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, fokus beralih kepada kerajaan perpaduan dan perkembangan-perkembangan lain yang berkaitan. Sebelum itu, isu DAP untuk memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat di Kedah. Begitu juga ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak empat bulan yang lalu.

Malah ada juga isu-isu macam ni yang muncul dari semasa ke semasa yang dibangkitkan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat sendiri.

Dari segi survival politik timbul persoalan sama ada isu-isu kecil dan setempat ini, malah yang bersifat dalaman, ditimbulkan untuk menarik perhatian orang ramai je.

Ataupun ia dibangkitkan bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih ‘wujud’ dan nak popular sepanjang masa.

Inilah isu sebenarnya yang telah dirancangkan oleh pakatan rakyat untuk kekal popular. Sebabnya diorang ni bukannya nak berkhidmat, tetapi hanya nak popular.

Publisiti itu hanya akan menggerakan kesegaran sesebuah parti politik.

Strategi inilah yang telah digunakan sebenarnya oleh Pakatan PAS, DAP & PKR sejak kebelakangan ini.

Amaran Tan Sri Muhyiddin kepada pengkhianat bangsa


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu-individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata, individu-individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan UMNO) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.

Muhyiddin juga berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.


“Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan,” katanya.

Beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan UMNO untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.



NGO Sokong Kenyataan Muhyiddin Bahawa Anwar Pengkhianat

Kira-kira 200 individu daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun di luar Menara Dato Onn di sini, yang menempatkan ibu pejabat Umno, sebagai menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pengkhianat.

Kumpulan itu yang terdiri daripada NGO antaranya termasuklah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dan Pemuda Umno Malaysia membawa sepanduk yang tertera "Anwar Pengkhianat" sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) berlangsung.

Dalam ucapan ringkasnya, Khairy berkata pergerakan itu akan sentiasa berdiri teguh di belakang Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Anwar Ibrahim memang pengkhianat bangsa Melayu. Dan jika Tan Sri Muhyiddin masuk ke mahkamah, kita Pemuda UMNO akan turut sama mempertahankan beliau", katanya sambil melaungkan Jahanam Anwar dan turut disertai ratusan mereka yang lain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Petaling Jaya Utara, Latt Shahrizan Abdullah berkata pihaknya gembira kerana Anwar Ibrahim membawa perkara itu ke mahkamah.

"Insyaallah kita sedia mengumpul bukti dan akan mendedahkan perkara itu di mahkamah kelak. Biar rakyat tahu siapakah sebenarnya Penasihat PKR itu yang bersikap talam dua muka", katanya


Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menyuarakan sokongannya apabila beliau tiba untuk mesyuarat BN itu.

"Saya yang mewakili pihak wanita Umno Malaysia menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa Anwar adalah pemimpin yang menjadi pengkhianat, yang hanya mementingkan agenda diri mereka sendiri dan kita perlu tolak kepimpinan Anwar," kata Shahrizat.

Baru-baru ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Anwar dilaporkan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Naib Presiden GPMS Jais Abdul Karim berkata Anwar bukan sahaja pengkhianat perjuangan orang Melayu tetapi juga pengkhianat negara.

"Kami menyokong Timbalan Presiden (Umno) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua. Anwar bukan sahaja pengkhianat orang Melayu, tetapi juga negara sehingga sanggup merosakkan ekonomi negara dengan menjadi dalang dalam perhimpunan Gerakan Mansuh ISA (GMI) (1 Ogos lepas) yang membawa kerugian kepada para peniaga serta membawa masalah kepada pelancong asing di negara ini," katanya.

Satu memorandum juga diserahkan kepada Muhyiddin sebaik beliau tiba untuk menghadiri mesyuarat BN itu.

Memorandum itu antara lain menyatakan Anwar telah membudayakan demonstrasi haram dan telah memburukkan nama negara.

Di ALOR SETAR, Umno Kedah turut menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin dengan menyatakan kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai Anwar adalah tepat.

Banyak tindak-tanduk Anwar sejak pembentukan pakatan pembangkang sebelum pilihan raya umum tahun lepas bertentangan dengan kepentingan dan aspirasi bangsa Melayu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah kepada pemberita di sini.

"Anwar malah menyokong supaya Universiti Teknoloji Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Melayu...orang Cina dan India dalam BN memahami hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

"Kenapa Anwar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak boleh memahaminya," kata Ahmad Bashah.

Katanya Badan Perhubungan Umno Kedah akan menganjurkan pelbagai program untuk menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin di samping menjelaskan kenapa Anwar menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu.

-- BERNAMA

Isnin, 10 Ogos 2009

Tangisan yang dibenarkan didalam Islam


MANUSIA mempunyai perasaan suka, duka, tawa dan hiba dan sebagainya. Perasaan sedih adakalanya timbul akibat dari gangguan emosi. Justeru itu apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata.

Ada yang beranggapan apabila seseorang itu menangis, ia merupakan suatu tindakan yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam. Anggapan ini sebenarnya tidak tepat kerana Islam sendiri telah menggariskan tangisan yang dilarang dan dibenarkan.

Tangisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang dalam Islam ialah tangisan yang berbentuk negatif seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan seumpama ini bukan sahaja di pandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang di ratapinya itu juga turut tersiksa.

Berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah S.W.T.

Seorang ulama’ pernah berkata "untuk menangis kerana takut kepada Allah sehingga air mataku menitis, adalah lebih aku suka daripada aku bersedekah emas seberat badanku. Kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut kepada Allah kerana sehingga setitis air matanya mengalir jatuh ke atas bumi, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."

Antara tangisan atau titisan air mata yang dikatakan positif, mulia dan harus dalam Islam adalah seperti berikut.

Tangisan Kesyukuran

Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa redha dengan apa yang mereka terima. Oleh sebab itu kita dapati orang-orang sebegini adakalanya sampai menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ubay bin Ka’ab yang mafhumnya " Allah menyuruh membacakan kepadamu surah Al-Baiyinah ayat 1:

Maksudnya: Orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata"

Ubay bertanya ; " Apakah Allah menyebut namaku?" Jawab nabi "ya" lalu menangislah Ubay(kerana mendengar berita gembira itu) Ayat ini memperkatakan pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang telah menerangkaan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu Agama Islam. Mereka kenal Nabi yang bakal diutus sebagai Nabi akhir zaman, tetapi setelah Nabi Muhammad dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman.

Tangisan Penyelesaian

Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Maka penyesalan itu timbul rasa sedih yang mendalam, yang akhirnya menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian timbul akibat wujudnya rasa kesedaran dan rasa takut kepada Allah SWT

"Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis. Sebagai pembalasan dari apa yang telah mereka kerjakan" Tangisan Akibat Rasa Keimanan Yang Menebal

Iman yang bersemi dalam hati akan terus subur dan mekar, apatah lagi keimanan yang kukuh dan padu itu apabila disirami pula dengan ayat-ayat suci Al-Quran, ia akan bertambah mantap sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana merupakan campuran antara rasa keimanan yang amat mendalam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam firmannya Surah Maryam ayat 58:

maksudnya "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka tunduk bersujud dan menangis" Tangisan Kerana Kesyukuran

Tangisan itu boleh terjadi apabila seseorang itu khusuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih, tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan penciptaNya.

Dikatakan orang yang mencapai tahap kekhusukan itu termasuklah salah satu dari tujuh golongan yang memperolehi keistimewaan pada hari qiamat seperti sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Maksudnya " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungaNya: Imam yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan ucapan "aku takut kepada Allah", seorang yang bersedekah yang dirahsiakan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan akhir sekali seorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitiskan air matanya".

Tangisan Kerana Bimbang Terputusnya Rahmat Allah SWT

Suatu hal yang menyedihkan dan amat dikhuatiri oleh orang-orang yang beriman adalah terputusnya rahmat kebajikan dan rahmat Allah SWT. Apabila keadaan ini berlaku ianya boleh merobohkan suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu.

Sebagai contoh pada suatu hari sesudah Rasulullah SAW wafat Abu Bakar r.a mengajak Umar r.a kerumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah SAW semasa hayatnya sering menziarahinya. Ketika sampai dirumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-duanya bertanya, " Apakah yang menyebabkan kamu menangis"? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia disisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik. "Ummu Aiman menjawab, " Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti) " kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

Tangisan Apabila Menemukan Kebenaran

Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ia menemukan kebenaran setelah sekian lama hanyut dalam kesesatan. Orang sebegini tanpa segan silu akan menangis dan tangisannya bukan kerana rasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan penemuan itu. Sebagai contoh hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW merupakan kebenaran dari Allah SWT seperti firmannya dalam Surah Al -Maidah ayat 83-84.

Maksudnya: "Dan apabila mereka itu(segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan lihat mereka menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran(seraya) mereka berkata "Hai Tuhan Kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal ini kami ingin supaya Tuhan kami memasukkan kami bersama kaum-kaum yang soleh." Kesimpulan

Berdasarkan huraian diatas jelaslah tangisan yang positif mempunyai keutamaan disisi Islam sehinggakan tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat. Ini kerana orang yang menitiskan air mata kerana Allah, sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan takwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi bermaksud "Kami datang kepada Rasulullah SAW sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana"

Sebagai kesimpulan, marilah kita renungi kata-kata seorang ulama tentang kemuliaan tangisan yang positif. Katanya: "Sucikanlah empat perkara pada setiap masa: pertama cucilah wajahmu dengan air matamu, kedua cucilah lidahmu dengan berzikir kepad Allah, ketiga cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan akhir sekali cucilah dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Allah" Sumber Jabatan Mufti Negeri Selangor

Influenza H1N1



Sejak akhir-akhir ini, wabak penyakit H1N1 telah pun mengorbankan 26 orang didalam negara kita (setakat 10.8.2009).


Sesungguhnya penyakit ini adalah ancaman terbesar kepada masyarakat kita pada masa ini. Tetapi adakah kita pernah sedar & mengambil berat tentang penularan wabak influenza H1N1 ini di dalam masyarakat. Kita seharusnya memainkan peranan untuk membantu pihak2 terlibat dengan memberikan maklumat & penerangan kepada lapisan masyarakat terutama kepada mereka yang masih lagi kurang faham tentang wabak penyakit ini.

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1

Incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa yang berisiko
1. orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3. orang yg ada astmatic
4. orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


Simptom-simptom

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......

day 5 and above lung collapse @ koma



Langkah-langkah kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu arak : MB Khalid Berahim telah dicucuk hidung



MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan lagi bahawa kerajaan negeri tidak akan mengikut pelaksanaan undang-undang untuk minuman keras yang dicadangkan oleh parti PAS, sebaliknya kerajaan negeri tetap dengan pendirian bahawa kawalan hanya akan dibuat oleh pengusaha & premis kedai itu sendiri. Ternyata usaha PAS untuk melaksanakan agenda perjuangan mereka selama ini telah terbantut & telah dipancung hidup2 oleh PKR bersama regunya iaitu DAP. Sudah tentu orang yang paling 'enjoy' yang tengah 'bershuffle'sekarang ni adalah DAP, kerana segala apa yang dilakukan oleh puak2 mereka telah disokong & diikuti.

Khalid Ibrahim telah menyatakan bahawa dia tidak ada kuasa untuk melaksanakan undang-undang bersabit minuman keras ini di Selangor. Gila ke atau apa? Sudah terang & jelas bahawa setiap Menteri Besar itu mempunyai kuasa penuh ke atas hal2 yang berkaitan dengan kerajaan negeri termasuklah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap negeri masing2. Macam mana dia boleh kata dia tidak ada kuasa. Sedangkan untuk melantik Datuk Bandar & Yang dipertua setiap PBT sekalipun adalah atas kuasa menteri besar. Inikan pulak nak laksanakan undang-undang kawalan di setiap premis-premis perniagaan di selangor. Premis-premis perniagaan ini adalah dibawah kuasa setiap PBT mengikut kawasan-kawasan.

Jadi sudah tentu pengusaha2 & premis2 perniagaan ini akan terus menjual minuman2 keras ini seperti biasa ditempat mereka. Sebabnya, sudah tentu tokey2 premis perniagaan ini mereka hanya akan memikirkan keuntungan. Tokey2 ini tidak akan peduli dengan sensitiviti umat islam dinegara ini. Kalau seorang MB yang beragama islam pun tak berani nak buat apa2 & kuatkuasakan undang2...apatah lagi dengan tokey2 premis perniagaan ini.

Nyata sebenarnya Khalid Ibrahim, yang agak besar hidungnya tu telah dicucuk oleh DAP. Jadi kesimpulannya disini, kuasa kerajaan negeri di Selangor yang sebenarnya adalah di tangan DAP..Khalid Ibrahim selaku MB hanya sekadar boneka hidup kepada mereka. Boleh di simpulkan disini, bahawa DAP & PKR di ibarat duduk didalam bilik besar yang berhawa dingin, tetapi PAS hanya duduk didalam bilik stor yang seringkali kepanasan. Bagi DAP...PAS hanya celah gigi kepada mereka.Kita tunggu & lihat je apa pulak lagi hal yang akan timbul selepas ini....

Solat beri kesan positif kepada kesihatan


Kajian saintifik fakta-fakta kebaikan solat menunjukkan ibadat itu bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.

Sekumpulan penyelidik bioperubatan dari Universiti Malaya (UM) telah membongkar faktafakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung, mengurangkan sakit pinggang, memperbaiki disfungsi ereksi (DE) serta aktifkan otot lantai pelvik.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad dalam kajiannya menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.

Katanya, kadar denyutan jantung nominal semasa sujud adalah baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan keseluruhan badan amnya.

"Seseorang yang mempunyai kadar denyutan jantung 80 kali seminit dan ke atas, berisiko tinggi mengalami serangan jantung serta darah tinggi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Sains Solat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Seminar itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata pakar perubatan juga menasihatkan supaya pesakit jantung menjalankan senaman ringan selama 30 minit sehari namun tidak menyatakan bentuk senaman yang boleh dilakukan.

"Kami mendapati dengan mengamalkan solat sebanyak 12 rakaat sehari secara berturutturut boleh dijadikan senaman ringan itu," katanya.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan UM Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata pergerakan lazim solat boleh membantu mengurangkan sakit pinggang khususnya kepada wanita mengandung.

Katanya, kajian ini telah dilakukan terhadap pesakit pinggang yang normal dan ibu mengandung serta di kalangan kaum Melayu, India dan Cina.

Dalam kajian itu, mendapati posisi rukuk dan sujud boleh dijadikan terapi kerana dapat membuka ruang antara spina 'spina canal' yang akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf.

"Bagi kaum Cina dan India, mereka hanya melakonkan posisi sembahyang dalam sesi terapi yang kita buat. Dalam tempoh sebulan, mereka telah menunjukkan ada pemulihan berlaku," katanya.

Dalam kajian lain, Dr Fatimah turut mendapati solat juga dapat memberikan kesan positif kepada seseorang yang menghidap penyakit DE.

Sebelum ini, terdapat satu kajian mengenai senaman pengaktifan otot lantai pelvik yang boleh membantu melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah DE oleh penyelidik Van Kampen.

Dr Faridah berkata daripada kajian awal ini, terbukti bahawa postur semasa solat boleh memberikan kesan positif ke atas pesakit DE di mana pergerakan itu dapat mengaktifkan otot lantai pelvik.

"Kami telah menjalankan kajian ke atas dua pesakit DE dengan sesi terapi menunaikan solat selama satu bulan dan ia berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terhadap pesakit," katanya.

Kesemua hasil kajian ini boleh didapati dalam naskhah buku Solat Sains, Sakit Pinggang, Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur dan Pergerakan Solat, Pencegahan Penyakit Jantung dari Perspektif Holistik dan Senaman Regangan dan Pergerakan Solat yang dijual di semua kedai buku dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. BERNAMA

Sekolah satu aliran dapat jayakan 1Malaysia


Saya sekadar ingin berkongsi pendapat kepada pembaca mengenai sistem pendidikan di dalam negara kita ini melalui konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia ini telah diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Pada pendapat saya sekiranya pelaksanaan sekolah satu aliran di negara kita dapat di wujudkan, sudah tentu konsep 1Malaysia ini dapat kita jayakan kerana ia boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Saya berpendapat sekiranya pelaksanaan ini dapat di buat, melalui konsep pendidikan di sekolah, pelajar pelbagai kaum dapat bergaul dan berinteraksi dengan lebih dan berkesan.

Pihak kerajaan melalui kementerian pendidikan sebenarnya boleh melaksanakan konsep pendidikan satu aliran ini dengan tidak mengenepikan bahasa ibunda bagi kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh, bahasa mandarin & bahasa tamil boleh dijadikan sebagai mata pelajaran elektif, ini bermakna pelajar-pelajar bukan melayu boleh mempelajari bahasa ibunda mereka masing-masing & tidak akan dinafikan hak mereka untuk belajar.

Bagi saya pendekatan 1Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri ini amat baik dan ianya harus bermula seawal di peringkat pendidikan di sekolah-sekolah.

Sistem pendidikan yang baik sebenarnya dapat menyatupadukan semua kaum melalui perkongsian budaya dan adat resam serta dapat mengelak daripada berlakunya polarisasi kaum di negara kita ini. Disamping itu, ia juga akan dapat memupuk masyarakat kita terutama generasi-generasi pelajar ini supaya lebih sayang dan cintakan negara.

Seingat saya Allahyarham Tun Abdul Razak, semasa hayatnya ada menyatakan ingin melihat sekolah satu aliran menjadi satu kenyataan didalam negara kita. Ini juga ada dimuatkan didalam Penyata Razak pada tahun 1956 iaitu setahun sebelum negara menyambut kemerdekaan. Namun setelah 52 tahun negara merdeka ia masih belum terjadi.

Alangkah baik, sekiranya rakyat Malaysia disetiap lapisan usia boleh menguasai bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan impian mencapai matlamat 1Malaysia yang lebih harmoni dan saling memahami akan dapat diwujudkan.- AnakDesa

Selangor perlu kekal di tangan BN kerana ia nadi kepada negara - DS Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau mahu Selangor dikembalikan semula kepada tangan Barisan Nasional kerana negeri itu adalah penting sebagai nadi negara.

Peluang untuk Barisan Nasional (BN) berkuasa di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat partiparti komponen yang diterajui Umno sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah, kata beliau yang juga Presiden Umno semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, Umno tidak boleh mempunyai perasaan benci kepada orang lain dalam keluarga BN dan perlu berjuang bersamasama dalam satu keluarga besar berganding bahu berjuang secara seia sekata dan sehaluan.

"Ini harapan saya... pesanan saya kalau hendak menang buat cara nak menang, jangan kita kata nak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Najib berkata, perancangan itu yang dipanggil sebagai "Formula Pekan" telah membawa beliau ke persada yang lebih tinggi di dalam politik negara sehingga menjadi Perdana Menteri dan presiden parti. BERNAMA

Satu Malaysia


SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....Bersama2 kita memberi sokongan & dokongan kepada YAB Perdana Menteri...

Sekadar renungan...


'TIDAK SESEMPURNA IMAN SESEORANG ITU SEKIRANYA IA TIDAK SAYANG DAN MENGASIHI SAUDARA SEAGAMANYA SENDIRI'- RIWAYAT MUSLIM