Jumaat, 2 Oktober 2009

Hassan Ali di Majlis Tahlil UMNO & tazkirah mengenai permasalahan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor...


EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Dr Hassan Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah sudi hadir memenuhi undangan dan menyertai majlis tahlil dan solat isya berjemaah di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja di sini.

Ia adalah merupakan suatu majlis tahlil di rumah keluarga UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat, jiran-jiran tetangga dan AJK masjid kawasan berhampiran.

Adakah ini akan menjadi satu permulaan tanda-tanda awal Dr. Hassan Ali akan dekat bersama dengan UMNO disebabkan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sekarang ini yang semakin panas dengan isu-isu kontroversi yang timbul...dan yang terbaru adalah isu SELCAT dan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid Berahim(Gagap)..? Beberapa bulan yang lalu isu Arak, Penyelewengan dana, Kuil dan yang terbaru isu SELCAT.



Selesai solat isyak, atas rasa penghargaan dari tuan rumah... Dr. Hassan Ali telah dijemput untuk memberikan sedikit tazkirah yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.
Ketika menyampaikan tazkirah itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan penjualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam terutama di negeri ini...

“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah… YB kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan