Majoriti rakyat Malaysia membesar dan melihat era kepimpinan Tun Dr.Mahathir Mohamad. Legasi pentadbiran dan pemerintahannya telah menyumbang kesan yang amat besar kepada era pemodenan dan pentadbiran negara serta tamadun bangsa yang berkembang pesat.
Beliau dilihat seorang yang begitu gigih dalam segala perancangan dan tindakan menjayakan agenda bangsa dan Malaysia dengan cemerlang. Tun Dr.Mahathir adalah merupakan pemimpin ulung, yang bukan sahaja diiktiraf oleh rakyat Malaysia tetapi juga di seluruh dunia yang mengangkat ketokohan Tun Dr.Mahathir sehingga ke hari ini.
Pemikiran dan tindakan Tun Dr.Mahathir amat sukar dibaca hingga kesan dari ucapannya sering mendapat liputan meluas media yang menggemparkan rakyat, terutama kepada ahli-ahli UMNO yang dahagakan perubahan dan semakin hilang arah. Disebabkan hilang arah tuju inilah, UMNO tanpa disedari telah dilanda krisis yang amat besar didalam kepimpinan yang telah menyebabkan parti keramat melayu ini dilanda tsunami politik yang amat teruk pada PRU yang ke 12.
Mantan Perdana Menteri ke 5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat dari sudut politik telah gagal untuk memimpin dan membawa UMNO ke arah hala tuju yang lebih baik selepas era kepimpinan Tun Dr.Mahathir. Momentum kemenangan besar di PRU ke-11 pada tahun 2004 dahulu, dilihat gagal dipertahankan Tun Abdullah Badawi. Ternyata perubahan-perubahan dasar yang dibuat oleh Tun Abdullah Badawi didalam kerajaan dan parti dilihat sebagai punca kepada timbulnya pelbagai isu yang tidak ditangani dengan baik, dan tidak dapat diterima oleh sebahagian ahli-ahli UMNO dan majoriti rakyat pada ketika itu. Ini menyebabkan PRU ke12 lalu, rakyat dilihat seolah-olah memberikan undi protes kepada kerajaan dan parti Barisan Nasional.
Ramai yang berpendapat bahawa, Tun Abdullah Badawi seharusnya melihat segala komen dan kritikan yang dibuat oleh Tun Dr.Mahathir kepadanya ketika itu sebagai satu cabaran dan tanggungjawab yang besar yang harus diterimanya secara positif, demi untuk memulihkan keadaan kerajaan, khususnya dalam UMNO dan juga Parti Barisan Nasional. Tetapi inilah satu lagi lakaran sejarah pemimpin negara kita, yang mana dulu, tempoh perletakan jawatan Tun Dr.Mahathir amat ditangisi, tetapi tempoh pengunduran Tun Abdullah Badawi adalah amat dinanti-nanti.
Setelah meninggalkan tampuk pemerintahan memimpin negara selama 22 tahun, Tun Dr.Mahathir dilihat tidak lagi berperanan dan tidak lagi berharga oleh ahli-ahli UMNO dan BN pada ketika itu. Segala cadangan dan pandangannya tidak diambil peduli oleh pimpinan kerajaan, hingga ada juga yang sanggup mencemuhnya. Beliau terlalu dilukai selepas melepaskan jawatannya. Tun Dr.Mahathir bukanlah sebarang orang, kerana pandangan dan tegurannya selalunya lahir dari keikhlasan yang sayangkan bangsa dan negaranya.
Amat menyedihkan, apabila seorang negarawan terbilang yang pernah berkorban ikhlas untuk agama, bangsa dan negaranya, telah dianggap pengacau selepas era pemerintahnnya berakhir. Tsunami politik pada 8 Mac 2008, telah menceritakan segala-galanya apa yang telah berlaku. Kekalahan teruk UMNO dan BN seolah-olah seperti sudah dijangka. Apa yang berlaku kepada UMNO dan BN perlulah dilihat sebagai satu pengajaran besar. Setidak-tidaknya UMNO dan BN belajarlah menghargai dan mengenang jasa pemimpin-pemimpin yang terdahulu seperti Tun Dr.Mahathir Mohamad ini. Penghormatan dan jasanya tidak dihargai ketika beliau tiada jawatan didalam kerajaan mahupun parti, sedangkan pengorbanan yang dicurahkannya kepada negara jauh lebih besar dari apa yang kita fikirkan.
Memetik kata-kata seorang ahli politik besar, Tun Dr.Mahathir adalah merupakan seorang daripada begitu ramai pemimpin yang dilahirkan dalam 100 tahun, untuk melonjakkan tamadun sesuatu bangsa. Sesungguhnya jika benar kata-kata keramat itu, maka Tun Dr.Mahathir adalah seorang pemimpin yang seharusnya diletakkan dalam penghormatan negara. Diharapkan semoga pimpinan UMNO dan BN dapat menginsafi peristiwa ini, sentiasalah menoleh ke belakang untuk menghargai sumbangan dan jasanya yang besar pada negara.
Sanjungan untuk Tun Dr.Mahathir Mohamad tidak pernah luntur dari kebanyakkan rakyat Malaysia, dan hampir diseluruh dunia, khususnya dunia Islam. Adakah kita sedar dalam masa 22 tahun pemerintahannya, betapa pesatnya pembangunan yang telah dibawa kepada negara dan rakyat secara keseluruhannya. Kita tidak harus lupa, bagaimana beliau sebagai pemimpin kita pada ketika itu, bersuara secara tegas mempertahankan maruah negara dan umat Islam daripada serangan Yahudi pada ketika negara Arab membisu dan tidak berani mengangkat muka. Berjuta-juta umat Islam yang tertindas, miskin dan memerlukan bantuan seperti di Bosnia, Somalia, Afghanistan, Sudan dan negara Islam lain mendapat simpati dan pertolongan segera dalam pelbagai bentuk bantuan seperti ketenteraan, pembangunan, derma, pendidikan dan bermacam lagi semasa era pemerintahnnya.
Jika dunia Islam mengakui ketokohan dan sumbangan besar Tun Dr.Mahathir kepada mereka, adakah kita sebagai rakyat Malaysia wajar melupakan jasa dan pengorbanan Tun Dr.Mahathir kepada agama, bangsa, negara? Malah merata benua telah diharunginya, ketika pemimpin Islam lain yang negara mereka kaya raya dan mewah tetapi terbatas dari segi untuk membantu negara lain.
Parti Pembangkang sendiri juga mengakui kehebatan Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara. Banyak negara, contohnya Singapura yang meletakkan mantan pemimpin mereka sebagai penasihat demi membina negara bangsa yang telah diasaskan oleh mereka. Malah parti pembangkang seperti PAS dan DAP juga meletakkan mantan presiden atau pemimpin utama sebagai penasihat parti untuk meneruskan kesinambungan sokongan dan khidmat nasihat dalam memperkukuhkan sokongan.
Pimpinan UMNO seharusnya meletakkan Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai sumber rujukan dan penasihat kepada parti dan juga kerajaan, yang mana situasi ini dilihat boleh memberikan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Tun Dr.Mahathir bukanlah orang yang sempurna dalam segala urusan, tetapi dengan pengalaman luas seorang negarawan yang ihklas jiwanya ini, tidak seharusnya kita ketepikan. Amat malang bagi UMNO jika parti unggul melayu ini meminggirkan Tun Dr.Mahathir Mohamad. Dengan sejarah, pengalaman, dan keikhlasan yang ada padanya, pasti parti UMNO yang banyak berjasa ini dapat kita pulihkan. Pandangan beliau bukanlah pandangan biasa, tetapi setiap idea dan lontaran ucapannya mengandungi azimat yang dilihat daripada firasatnya sebagai mantan pemimpin bangsa Melayu.
Malanglah bagi UMNO sekiranya membiarkan Tun Dr.Mahathir Mohamad begitu saja. Beliau sewajarnya dihormati dan disanjungi kerana pengalaman dan setiap pandangannya yang tidak menjangkau pemikiran kita. Rugilah untuk UMNO sekiranya masih gagal menilai kehebatannya dan ketokohannya untuk memperkasakan parti keramat ini kembali.
Diharap Perdana Menteri ke-6 Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mampu untuk merubah segala permasalahan dan cacat cela yang berlaku di dalam UMNO dan BN. Belajarlah daripada kesilapan lalu, berdampinglah dengan pemimpin terdahulu, kerana jasa dan sumbangan besar pemimpin-pemimpin lama ini tidak boleh diabaikan. Kerana UMNO perlu kuat untuk kekal berkuasa. Sebagai ahli umno dan rakyat Malaysia sudah pasti kita mengharapkan UMNO akan dapat kembali ketahap yang terbaik dan kekal relevan untuk survival orang-orang Melayu bersama dengan semangat gagasan 1 Malaysia.
Rabu, 2 Jun 2010
Selasa, 2 Februari 2010
Anwar Ibrahim ‘raja’ cipta isu...(cuba nak alih perhatian kes liwat)...
Siapa tak kenal dengan orang ini. Muka yang kacak sebelah ni namanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Daripada budak kecik sampaila kepada orang tua, semua kenal muka kacak ni. Pengaruh dia cukup besar, bukan saja dalam negara, tetapi juga diluar negara. Bekas Timbalan Perdana Menteri pada era 90an ini, merupakan antara tokoh pemimpin politik negara yang mempunyai pelbagai cerita dan kontroversi yang sudah tentu akan menjadi bahan lipatan sejarah didalam negara ini. Dari pemimpin dan pejuang UMNO, sekarang dah jadi pemimpin dan pengasas PKR.
PKR sebuah parti politik yang ditubuhkan pada penghujung era 90an. Parti ini ditubuhkan pada dasar awalnya adalah untuk membela dan memperjuangkan nasib Anwar semata-mata, dengan melaung-laungkan reformasi ke seluruh negara menuntut keadilan bagi dirinya. Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri disebabkan kes salah laku (liwat) dan salah guna kuasa. Bermula dari situlah PKR (dulu Keadilan) ditubuhkan.
Setelah berkursus selama 6 tahun di penjara Sungai Buluh, akhirnya Anwar telah dilepaskan oleh Datuk Seri Abdullah Badawi yang pada ketika itu mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr. Mahathir.
Setelah dibebaskan, rupa-rupanya Anwar tak pernah serik berpolitik. Cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah sesekali dia padamkan. Setelah bebas, Anwar kembali menyusun strategi politiknya sehingga dia dan kawan-kawan sekutunya berjaya mencipta dan mencari isu sehingga melemahkan kerajaan pimpinan Pak Lah. Pak Lah dan kerajaan pada ketika itu memang di akui lemah, dengan wujud pelbagai masalah dan isu besar yang nyata tidak ditangani oleh Pak Lah dan kerajaan dengan baik. Ini menyebabkan rakyat berasa tidak puashati,rakyat berang dan menolak kepimpinan Pak Lah dan kerajaan.
Kesempatan dan peluang inilah diambil oleh Anwar Ibrahim untuk mengukuhkan dan menguatkan lagi pengaruhnya. Ini jelas apabila keputusan PRU 12 yang lalu benar-benar telah menampakkan bahawa rakyat menolak kepimpinan Pak Lah dan kerajaan pada ketika itu. Keputusan Pak Lah untuk berundur pada Mac 2009 demi memulihkan kepimpinan kerajaan dan parti pada ketika itu, amat tidak disukai oleh Anwar dan kuncu-kuncunya. Sebab Anwar tahu, sekiranya Pak Lah terus kekal menjadi Perdana Menteri, maka hasrat dan cita-citanya untuk menggulingkan kerajaan dan parti BN memang amat cerah. Sebab itu Anwar antara orang yang mempertahankan Pak Lah supaya tidak berundur pada ketika itu.
Setelah berundur, Dato Seri Najib Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Pak Lah. Nyata perlantikan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri, menyebabkan Anwar tidak senang duduk dan semakin terdesak untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Ini disebabkan Dato Seri Najib mempunyai cara dan daya kepimpinan yang berbeza dengan Pak Lah.
Ini dihimpitkan lagi dengan kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan telah mula dibicarakan dimahkamah. Tetapi Anwar tetap memainkan peranan melalui peguam-peguamnya untuk melengah-lengah kes liwatnya ini supaya tidak dibicarakan di mahkamah. Anwar juga tidak jemu-jemu dengan caranya untuk mencipta isu dan cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kes liwatnya.
Pada tahun 2009 saja, telah berlaku 9 pilihanraya kecil diseluruh negara. Ini jelas amat disukai oleh Anwar dan PKR, ini kerana dengan adanya pilihanraya kecil, secara tidak langsung kes liwatnya akan tertangguh, kerana sudah tentu tumpuan rakyat umumnya tertumpu pada pada pilihanraya kecil. Bila kes tertangguh terlalu lama dimahkamah, sudah tentu rakyat akan tertanya-tanya, dan mula bosan untuk mengikuti kes liwatnya. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat mula membuat andaian dan spekulasi-spekulasi sendiri, mengatakan Anwar tidak bersalah telah difitnah, dianiaya dan sebagainya. Ini semua agenda dan cara Anwar.
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang juga pemimpin utama PKR ini nampak seakan sudah semakin terdesak untuk mempolitikkan apa sahaja isu yang timbul.
Dalam isu khalimah Allah, Anwar yang secara terang menyokong penggunaan khalimah suci ini, digunakan oleh Agama Katolik, sekali lagi mempolitikkan keadaan. Kali ini Anwar dan pemimpin DAP telah menuduh UMNO menyemarakkan sentimen bantahan umat islam , yang kononnya secara tidak langsung dikaitkan dengan kejadian membakar gereja.
Inilah kepakaran Anwar, apa sahaja ruang dan peluang digunakan untuk meraih sokongan. Dalam isu tersebut, sokongan rakyat bukan islam terutama di Sabah dan Sarawak mahu ditagihnya dengan cara memburukkan UMNO, BN dan kerajaan. Sedangkan Anwar tahu bahawa agak sukar untuk partinya PKR memasuki dan menang di Sabah dan Sarawak.
Maka apabila berlaku insiden membakar gereja ini, secepat kilat Anwar menyambarnya untuk dijadikan isu dan dipolitikkan. Lebih-lebih lagi, Anwar sedar reaksi majoriti umat islam yang menentang penggunaan khalimah Allah ini oleh agama lain. Demonstrasi aman yang banyak dibuat di masjid-masjid membuktikan bahawa majoriti umat islam tidak mahu isu ini berterusan dan apalagi dipolitikkan. Jika dilihat di laman web sosial Facebook, telah mencecah 100,000 orang menyertai bantahan penggunaan khalimah Allah ini oleh agama lain.
Maka strategi Anwar adalah dengan memaksimumkan sokongan orang bukan islam bagi meneruskan momentum sokongan dan agendanya untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Sebab itu Anwar sentiasa menggerakkan orang-orangnya untuk mencipta isu demi meraih sokongan. Yang terbaru, orang kanannya naib presiden Azmin Ali juga telah membuat kenyataan bahawa orang yang membakar gereja ini adalah orang-orang UMNO. Inilah cara politik yang telah dibawa Anwar Ibrahim.
Realitinya, Anwar memerlukan banyak isu panas bagi mengalihkan perhatian umum kepada isu liwat yang dihadapinya sekarang. Nyata Anwar makin resah dan tertekan kerana kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan hampir tiba dan akan mula dibicarakan. Semua orang tahu, Anwar sengaja melengah-lengahkan kesnya ini, dan mencetuskan persoalan, kalau betul kenapa nak takut.
Dalam parti PKR pula, seorang demi seorang pemimpin PKR telah angkat kaki untuk melepaskan jawatan dan meninggalkan parti. Ini satu tamparan yang besar bagi Anwar untuk mengekalkan kepercayaan dan pengaruh masyarakat padanya. Apa saja strategi Anwar, sebenarnya amat mudah dibaca. Anwar memang suka kepada membakar sentimen rakyat. Sejarah telah membuktikan bahawa kes moralnya ini boleh dimanipulasi sehingga rakyat terheret sama.
PKR, DAP dan PAS yang berjaya menguasai beberapa negeri didalam pilihanraya yang lalu juga sebenarnya adalah disebabkan sentimen yang dimainkan oleh Anwar, biapun kepentingan agama, bangsa dan negara menjadi taruhan.

Khamis, 28 Januari 2010
Rasuah dan bahayanya dalam menentukan kepimpinan
Gejala rasuah politik diketahui umum dan ianya bukan suatu perkara yang dirahsiakan sama sekali pada masa sekarang ini. Lebih teruk lagi, ramai perasuah sekarang ni tidak kisah untuk merahsiakan perbuatan rasuah politik mereka. Malangnya, diakhir-akhir ini, telah ramai generasi muda terlibat dalam gejala ini. Ini jelas membimbangkan, dan amat dikutuk dan dilarang di dalam Islam.
Rasullulah SAW menolak kuasa, pangkat, wanita dan harta yang ditawarkan kafir musyrik Mekah sebagai rasuah untuk baginda meninggalkan tugas murni dan kudus menyebarkan dakwah Islamiah, menegak keadilan sejagat serta iltizam dan istiqamah dalam akhlak yang mulia serta melaksanakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang telah diletakkan ke atasnya.
Ia ditolak mentah-mentah oleh baginda kerana Allah SWT demi kepentingan agama, dakwah, ummah dan negara yang mengatasi segala-galanya. Baginda menggambarkan sikap tegasnya kepada seluruh ummah dan dunia apabila menolak rasuah oleh kafir musyrik Mekah melalui pujukan bapa saudaranya, Abu Talib agar baginda tidak meneruskan tugas suci itu dengan sabdanya yang bermaksud : “Wahai bapa saudaraku (Abu Talib), sekalipun mereka meletakkan matahari disebelah tangan kananku, dan bulan disebelah tangan kiriku agar aku meninggalkan (tidak menyebarkan) mempertahankan ajaran Islam ini, nescaya tidak sesekali akan aku tinggalkan sehinggalah Allah SWT memberi kemenangan kepada agama ini atau aku terkorban kerana mempertahankannya.”
Rasuah membawa pengertian yang cukup besar.
-Memberi dan menawarkan sesuatu ganjaran kepada seseorang bertujuan untuk mempengaruhi tindakannya.
-Sogokan atau suapan yang diberikan oleh seseorang kepada pegawai atau petugas atas tujuan tertentu sebagai pemudah cara dalam bentuk wang, pangkat, harta, dan sebagainya.
-Memberi sesuatu kepada seseorang yang ada kekuasaan hukum supaya ia terlepas dari ancaman hukum atau supaya ia mendapat perlakuan istimewa dalam sesuatu urusan.
-Sogokan daripada seorang ke seorang lain untuk tujuan ia dipilih dan dilantik ke atas sesuatu jawatan.
Hukum Rasuah.
-Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera.
-Dilaknat oleh Allah dan Rasul.
-Daging yang tumbuh dengan benda-benda yang haram (seperti rasuah), neraka lebih utama untuknya.
-Hilang keberkatan hidup.
-Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi ke arah kemaksiatan dan kejahatan.
-Kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan hasil dari rasuah tiada keberkatan dan tidak kekal, di akhirat akan dimasukkan ke neraka sekiranya ia tidak bertaubat.
Al-Hadis
-Surah Al-Bakarah ayat 188, bermaksud, “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.
-Surah Al Maidah ayat 2, bermaksud, “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
-Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang menjadi perantara diantaranya.(Hadis Riwayat Ahmad dari Sauban).
-Sesiapa yang membeli pakaian dengan harga 10 darham sedang satu darham daripadanya wang haram, nescay Allah tidak akan menerima ibadat solatnya.(Hadis Riwayat AlBaihaqi)
-Surah Al Rom ayat 41 yang bermaksud, “Telah timbul berbagai kerosakan dan bencana didarat dan dilaut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (sedar dan insaf).
Jadi kajian mendalam perlu dibuat dan membuat penilaian kelemahan sistem berpolitik pada masa sekarang ini. UMNO kena cari jalan dan melaksanakan sistem berpolitik yang lebih baik didalam negara ini. Sistem pengawasan yang mantap, pemantauan, serta penguatkuasaan undang-undang perlu disegerakan, sekiranya UMNO ingin menjadi parti yang kekal relevan demi survival bangsa dan pembawakan islam yang seiring didalam negara ini.
Sabtu, 21 November 2009
Percaturan politik di Malaysia...
Pilihanraya Umum ke 12 telah lama berlalu... Selama satu tahun lapan bulan ini, terlalu banyak kisah dan tragedi besar politik yang telah berlaku dalam negara kita ini...samaada yang melibatkan mahkamah, tumbangnya kerajaan negeri, lompat melompat parti dan sebagainya.. Selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, banyak analisa dan pandangan2 pemerhati politik mendapati kecenderungan rakyat telah memilih kepada parti baru bagi menggantikan parti yang telah memerintah selama 52 tahun ini iaitu parti umno dan barisan nasional.. Sejarah pahit yang dilalui UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum lalu sebenarnya telah banyak mengajar erti perjuangan didalam politik era baru ini...
Pakatan Rakyat (PR) yang disertai PKR, DAP dan PAS ditubuhkan pada pilihanraya umum yang lalu, telah berjaya memalitkan lumpur pada parti kerajaan iaitu parti Barisan Nasional..yang mana BN telah kehilangan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat dan malah yang lebih buruk lagi apabila 5 buah negeri telah jatuh/tumbang kepada pakatan Rakyat (PR).. Dikala itu PR dilihat begitu gah dan hebat, sehinggakan mereka melalui ketuanya iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah merancang untuk membentuk kerajaan pusat dengan cara memujuk ahli2 parlimen BN untuk melompat parti menyertai PR.. Sehinggakan tarikh 16 September 2008 yang telah dicanang2kan oleh PR untuk menubuhkan kerajaan pusat telah dinanti2kan oleh rakyat di seluruh negara.. Tetapi akhirnya ini semua hanyalah gimik politik semata2 yang sengaja dicetuskan oleh pihak PR sendiri melalui Anwar Ibrahim..Satu ketika mereka menjadi semakin hebat dan naik tocang, apabila telah memenangi 7 pilihanraya kecil dewan undangan negeri..Idea melompat parti yang dicetuskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya telah memakan dirinya sendiri.. Dengan idea lompat inilah sebenarnya telah mengakibatkan negeri Perak yang dikuasai kerajaan PR sebelum ini telah tumbang..dan telah kembali semula kepada kerajaan Barisan Nasional....Isu adalah melibatkan 3 orang ADUN dari PR Perak telah isytiharkan keluar dari parti masing2 iaitu DAP & PKR dan telah menyokong penuh pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang baru.. Sejak dari itu terlalu banyak perkara2 yang tidak diingini telah berlaku didalam politik negara kita, terutamanya di negeri Perak Darul Ridzuan..yang mana institusi Sultan telah dipermainkan, penghinaan berlaku, rusuhan dan macam2 lagi isu yang berlaku..
Jumaat, 20 November 2009
Nik Aziz tak faham definisi 'RASUAH'...
Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya tak faham apa yang dimaksudkan dengan rasuah. Sedangkan selama ini beliau sering melaung2kan dan melemparkan isu rasuah ini kepada UMNO...rupa2nya beliau sendiri pun tak faham definisi rasuah... Isu tajaan haji yang didedahkan sendiri oleh Nik Aziz kepada media sebenarnya telah membuka pekung dan aibnya sendiri... Isu ini menjadi hangat diperkatakan didada2 akhbar dan di media cetak apabila Nik Aziz sendiri mendedahkan bahawa dirinya ditaja dengan pakej VVIP sebanyak RM65,000 seorang. Beliau juga memberitahu bahawa pakej tersebut turut menaja ahli keluarganya termasuk isteri dan anak serta menantunya melibatkan kos pakej bernilai RM450,000++. Nik Aziz sebenarnya telah terperangkap dengan isu yang didedahkannya sendiri. Mana taknya apabila banyak pihak telah membuat ulasan dan memberi penjelasan bahawa Menteri Besar Kelantan itu sebenarnya telah menerima rasuah... Isu ini juga menjadi semakin panas apabila didedahkan... bahawa syarikat yang menaja pemergian Nik Aziz dan keluarganya ke Mekah ini adalah sebuah syarikat besar yang mendapat tender memasang papan tanda iklan (Billboard)terbesar di seluruh negeri Kelantan...
Yang menjadi tanda tanya disini, adakah Nik Aziz ini sebenarnya memang tak faham, ataupun dia sengaja buat2 tak faham bahawa duit tajaan ini sebenarnya adalah rasuah..Bila ada 2 pihak yang berurusan, dan kedua2nya mendapat manfaat atau faedah daripada urusan tersebut...ini jelas dinamakan rasuah... Siapa yang memberikan projek ini kepada syarikat tersebut..? Siapa yang meluluskannya? Adakah projek ini dibuat secara tender terbuka..? Siapa yang punya kuasa meluluskannya? Sudah tentu jawapannya ketua kerajaan negerinya iaitu Dato Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.. UMNO negeri melalui Ketua Pemudanya, telah membuat laporan di Pejabat SPRM Kelantan.. dan meminta pihak SPRM menyiasat dan membuat siasatan ke atas isu tajaan haji Nik Aziz tersebut..Isu ini juga, sebenarnya adalah susulan kepada isu terdahulu iaitu isu penyelewengan kewangan yang melibatkan menantunya yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.. Bila SPRM membuat kenyataan, bahawa mereka akan membuat siasatan mengenai isu ini, dengan tak semena2 Nik Aziz tiba2 membuat pengumuman membatalkan hajatnya untuk ke Mekah dan menolak tajaan tersebut.. Dia bukan membatalkan hajatnya saja, tetapi membatalkan terus kesemua tajaan haji ahli keluarganya sekali... Adakah Nik Aziz takut bila SPRM menyatakan ingin membuat siasatan...? Semasa didalam ceramahnya, Nik Aziz mengatakan bahawa isu ini telah diputarbelit dan dimainkan oleh umno...Dan mengatakan bahawa Nabi SAW dulu pun dihalang oleh kaum kafir Quraisy untuk menyebarkan dakwah ke Mekah..Nik Aziz menyamakan dirinya seolah2 sama seperti Nabi SAW...dan menyatakan UMNO sama seperti kafir Quraisy... Ini apa punya Tok Guru ni..? Bukan umno yang mendedahkan semua ni..tetapi diri dia sendiri yang dah terjerat dengan pendedahan dia... Yang menjadi persoalannya, kalau Nik Aziz tahu dia tak bersalah, kenapa dia batalkan tajaan haji tersebut..? Apa nak takut kalau tak bersalah...Nik Aziz takut SPRM ke atau takut Tuhan..? Nik Aziz ohh Nik Aziz oii...tepuk dada tanya selera... Tok Guru bukannya maksum...
Jumaat, 2 Oktober 2009
Hassan Ali di Majlis Tahlil UMNO & tazkirah mengenai permasalahan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor...
EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Dr Hassan Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah sudi hadir memenuhi undangan dan menyertai majlis tahlil dan solat isya berjemaah di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja di sini.
Ia adalah merupakan suatu majlis tahlil di rumah keluarga UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat, jiran-jiran tetangga dan AJK masjid kawasan berhampiran.
Adakah ini akan menjadi satu permulaan tanda-tanda awal Dr. Hassan Ali akan dekat bersama dengan UMNO disebabkan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sekarang ini yang semakin panas dengan isu-isu kontroversi yang timbul...dan yang terbaru adalah isu SELCAT dan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid Berahim(Gagap)..? Beberapa bulan yang lalu isu Arak, Penyelewengan dana, Kuil dan yang terbaru isu SELCAT.
Selesai solat isyak, atas rasa penghargaan dari tuan rumah... Dr. Hassan Ali telah dijemput untuk memberikan sedikit tazkirah yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.
Ketika menyampaikan tazkirah itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan penjualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam terutama di negeri ini...
“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah… YB kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi.
Bagan Pinang penentu masa depan UMNO dan BN..
Salam,
Calon harapan telah dipilih bagi menggalas panji-panji perjuangan BN/Umno mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang sudahpun diketahui. Harapan menggunung tinggi disandarkan kepada Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.
Tanggungjawab Tan Sri Isa adalah berat dan berliku. Tugas mempertahankan kejuaraan tidaklah mudah, namun bukanlah payah untuk Isa 'berkempen' di kawasan yang sudah menjadi gelanggang beliau sejak 23 tahun lalu.
Kini masa untuk bekerja bagi memastikan Bagan Pinang terus dalam genggaman. Episod kekalahan PRK yang dialami sejak PRU 12 lalu mesti ditamatkan..
Peluang harus diberikan kepada Isa untuk membuktikan dia benar-benar menjadi pilihan rakyat dan pengundi Bagan Pinang. Usaha gigih dan berterusan harus digerakkan agar pilihan pucuk pimpinan kali ini tidak salah atau silap. Tragedi kehilangan kerusi Kuala Terengganu mesti dielakkan.
Skrg tiba masanya untuk bekerja, kurangkan bercakap, gandakn usaha. Penting sekali, jangan melatah dan menari mengikut irama pembangkang, yang pasti akan menjadikan Tan Sri Isa sebagai sasaran.
Menurut cakap-cakap penduduk Bagan Pinang...yang mereka nak cari adalah seorang wakil rakyat dan bukannya wakil parti... Seseorang wakil rakyat itu secara automotik akan menjadi wakil parti...tetapi seseorang wakil yang dipilih oleh parti, belum tentu boleh menjadi wakil rakyat...Atas dasar itu Tan Sri Isa dipilih untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang..atas kehendak akar umbi... Disini boleh disimpulkan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..1 Malaysia.. Kepada kawan-kawan selamat berjuang habis-habisan...
Khamis, 20 Ogos 2009
Syurga dan Neraka : Majlis Fatwa vs Nik Aziz... Siapa yang jahil & sesat...
Akhir-akhir ini, senario politik negara kita kembali panas. Banyak isu-isu yang timbul yang telah dimainkan oleh parti-parti politik pakatan rakyat yang baru setahun lebih bergabung iaitu parti DAP, PKR & PAS... DAP dengan isu penjualan araknya di Selangor, isu kongsi gelapnya, isu selewengnya, isu kandang babi di Kedah dan banyak lagi termasuk terbaru isu kematian Teoh Beng Hock yang sedang dalam kes mahkamah sekarang ini. PKR pulak timbul dengan isu-isu masalah pentadbirannya di Selangor, isu penyelewengan, isu kuil dan banyak lagi termasuk yang terbaru ni isu MP Padang Serai iaitu Gobalakrishnan(paria) ni yang nak jadi ' Hero Tamil' pada hari penamaan calon DUN permatang pasir..
PAS pun tak kurang hebat dengan isu-isunya dengan demonstrasi jalanannya, isu araknya, kandang babinya, dan yang terbaru ini isu yang paling panas iaitu syurga & neraka yang ditimbulkan oleh Mursyidul Am nya iaitu Dato Nik Aziz Nik Mat. Isu ini ternyata telah membuka mata ramai pihak terutama kepada orang-orang Islam yang melihat isu ini sebagai isu besar yang perlu diperjelaskan. Nik Aziz telah mengatakan bahawa 'sesiapa yang menyokong umno tidak akan masuk ke dalam syurga'... Untuk makluman, ini bukannya kali pertama Nik Aziz membuat kenyataan terbuka seperti ini...malah sebelum ini Nik Aziz pernah berkali-kali membuat kenyataan seperti ini yang membenarkan memaki hamun, membolehkan mencarut, tuhan samseng, DAP hina islam dan sebagainya. Isu ini juga telah memaksa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang telah dikatakan oleh Nik Aziz itu adalah salah dan menyimpang dari ajaran islam sebenar.
Ternyata Nik Aziz yang selama ini digelar sebagai 'ulamak' jelas telah jauh menyimpang dan salah dalam mengeluarkan pandangan. Nik Aziz hanya ulamak yang berkepentingan politik semata-mata. Pandangannya hanya sekadar untuk meraih sokongan kepada parti PAS dan parti kroninya semata-mata. Islam telah diperalatkan oleh parti PAS hanya sekadar untuk merebut kuasa. Bagi PAS solat orang-orang umno tak sama dengan solat orang-orang mereka..Sungguh jumud pemikiran orang-orang PAS ini. Bagi mereka seolah-olah Syurga dan Neraka itu ada dalam tangan Nik Aziz... Kepada orang-orang PAS 'bertaubatla'... (macam Karpal Singh cakap pada Anwar Berahim)...
Dibawah ini disertakan sedikit tazkirah ringkas oleh bekas aktivis PAS yang juga merupakan rakan baik kepada Nik Aziz selama 35 tahun didalam PAS iaitu Ustaz Omar Bin Khalid mengenai isu-isu yang timbul sejak akhir-akhir ini.
Sabtu, 15 Ogos 2009
Pakar rujuk PAS untuk Islam adalah DAP...
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak melenting malah tidak membantah sedikitpun di atas tindakan segelintir pemimpin DAP yang akhir-akhir ini lantang menghina Islam. Beliau sebaliknya menyatakan tindakan pemimpin DAP itu menghina Islam disebabkan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.
DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya.
Ulamak apa Nik Aziz ni? Sanggup dia keluarkan 'statement' macam ni.. Dimana letaknya maruah dia sebagai seorang ulamak orang islam...bila mana orang-orang kafir ini, menghina dan mengutuk islam... Disebabkan orang yang menghina ini adalah dari parti DAP, kawan sebantal dia, maka sebab itu Nik Aziz dia boleh keluarkan statement macam tu..dia tak kisah pun kawan dia DAP ni nak cakap apa mengenai islam..
Dulu Nik Aziz dia pernah mengatakan pada media yang DAP itu adalah sama saja dengan SETAN..Tapi sekarang ni dengan SETAN nilah dia berkawan..Mungkin bagi Nik Aziz DAP adalah SETAN yang dah kembali ke pangkal jalan..itu pasal dia boleh tidur sebantal...
Cuba yang menghina ini adalah orang-orang yang bukan kawan sebantal dia...sudah tentu dia melenting dan akan mengutuk sekeras-kerasnya... Inilah perangai sebenarnya ulamak-ulamak yang terdapat didalam PAS...matlamat menghalalkan cara...islam dipergunakan, janji aku berkuasa...inilah parti PAS...
Nik Aziz juga ada berkata tindakan pihak tertentu yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa melayu, adalah tidak wajar sama sekali. Sebaliknya Nik Aziz berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR itu dan bukannya membuat serangan peribadi menyerang batang tubuh seseorang. Nik Aziz berkata islam tidak mengajar umatnya menyerang dan membuat kutukan pada diri seseorang secara terus...
Tetapi dia dah lupa... Nik Aziz dan kawan-kawan dia sebelum ni tidak lama dulu pernah secara terang-terang mengutuk dan melabelkan seseorang...tetapi dia dan kawan-kawannya yang kononnya digelarkan 'ulamak' ini tidak pernah pun rasa bersalah...
Salah seorangnya adalah Dr. Badrul Amin dalam satu ceramah Pas dan PKR di Kelantan. Beliau ini begitu jelas telah memaki hamun dan mencerca Mufti Perlis, iaitu Dr.Asri tanpa ada rasa malu dan tiada batasan. Beliau ini telah mengatakan Dr.Asri sebagai GILA dan menggelarkan Mufti Perlis ini sebagai bapak kepada SETAN... Ni apa punya ulamak ni..? Pakai jubah, pakai kopiah buat ceramah...pastu mengutuk & mengata orang.. Kalau orang yang bercakap ni takde ilmu, takpe...kita boleh terima, tapi yang bercakap ini adalah seorang yang terpelajar, belajar tinggi-tinggi, ada ilmu agama...tetapi disebabkan dia dah terjun ke dalam kancah politik...ulamak seperti ini, dah jadi haprak...pemecahbelah umat manusia. Ni lah dia kawan-kawan ulamak Nik Aziz... boleh lihat kat bawah ni.....
Tapi bagi saya, kalau ditanya isu ini pada Nik Aziz, sudah tentu dia akan berdolak dalih..dan akan menyebelahi kawan ulamak dia ni...Nik Aziz akan menghalalkan segala apa perkara buruk yang dilakukan oleh kawan-kawan dia..walaupun terbukti perkara itu sebenarnya salah dan dilarang didalam Islam..Dah nyata dan jelas, bahawa ulamak-ulamak seperti ini sebenarnya wujud adalah untuk tujuan politik semata-mata..bagi mereka pengikut-pengikut mereka baik-baik belaka dan semua akan masuk syurga... Dengan status 'ulamak' yang diberikan kepada mereka, maka mereka menganggap mereka ini sudah ditahap terbaik dan akan dijamin masuk ke dalam syurga...Sebab itu mereka ini boleh buat sesuka hati apa yang mereka nak buat..yang pada mereka ini, semunya adalah baik, walaupun memaki hamun, mengutuk, mencarut dan sebagainya...
Begitu juga dengan rakan sebantal PAS iaitu DAP..sekarang ni DAP adalah tempat rujukan bagi parti PAS... PAS nak buat hudud, tapi DAP tak bagi.. makanya hudud tidak boleh dibuat.. PAS nak haramkan penjualan arak, tapi DAP tak bagi.. makanya arak dibenarkan jual...PAS nak wujudkan pemerintahan islam, tapi DAP tak bagi..langkah mayat dia dahulu...makanya PAS benarkan DAP hina islam... Inilah senario apa yang telah berlaku pada parti yang kononnya perjuangkan islam ini iaitu parti PAS..Islam hanya diatas kertas..dan yang tinggal hanya slogan semata-mata...
Sebab itu PAS boleh mengeluarkan 'slogan'... sesiapa undi PAS akan masuk syurga... tetapi sesiapa yang undi selain daripada PAS dan sekutunya akan masuk neraka jahanam...inilah dia ulamak-ulamak dalam PAS...menganggap seseolah neraka dan syurga itu adalah hak milik mereka..hanya disebabkan nakkan kuasa politik, mereka sanggup menjadikan Islam itu sebagai alat untuk mereka..mereka ni lupa sebenarnya Syurga dan Neraka itu adalah perkara-perkara ghaib yang menjadi hak mutlak Allah swt..tiada kuasa lain yang mengetahui selain daripada Allah swt.. kedudukan seseorang muslim itu akan diukur melalui keimanan & ketakwaannya kepada Allah swt..dan bukannya melalui parti apa yang dianuti dan sebagainya...

Jumaat, 14 Ogos 2009
Sabar Mencerminkan Keimanan
RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, "Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga."Riwayat Bukhari Huraian
i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)
iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)