Jumaat, 2 Oktober 2009

Hassan Ali di Majlis Tahlil UMNO & tazkirah mengenai permasalahan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor...


EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Dr Hassan Ali yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah sudi hadir memenuhi undangan dan menyertai majlis tahlil dan solat isya berjemaah di salah sebuah rumah orang kuat UMNO di dalam Parlimen Kota Raja di sini.

Ia adalah merupakan suatu majlis tahlil di rumah keluarga UMNO yang hanya mengundang saudara mara terdekat, jiran-jiran tetangga dan AJK masjid kawasan berhampiran.

Adakah ini akan menjadi satu permulaan tanda-tanda awal Dr. Hassan Ali akan dekat bersama dengan UMNO disebabkan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sekarang ini yang semakin panas dengan isu-isu kontroversi yang timbul...dan yang terbaru adalah isu SELCAT dan tindakan ADUN Gombak Setia itu mengkritik kerajaan pimpinan Khalid Berahim(Gagap)..? Beberapa bulan yang lalu isu Arak, Penyelewengan dana, Kuil dan yang terbaru isu SELCAT.



Selesai solat isyak, atas rasa penghargaan dari tuan rumah... Dr. Hassan Ali telah dijemput untuk memberikan sedikit tazkirah yang mengingatkan betapa penting mempraktikkan amalan kehidupan Islam yang sebenarnya dalam sesebuah keluarga.
Ketika menyampaikan tazkirah itu, beliau berkesempatan untuk “meluahkan” rasa kecewanya apabila mendapati ada ramai rakan rakan Ahli Mesyuarat Negeri Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang tidak menyokongnya untuk membawa mekanisme pengawalan penjualan arak yang menjadi punca masalah sosial dikalangan remaja islam terutama di negeri ini...

“ Yang paling kuat menentang saya ialah wakil rakyat dari kawasan sinilah… YB kawasan saudara semua...” jelas Dr Hassan Ali disambut dengan ketawa sinis hadirin malam tadi.

Bagan Pinang penentu masa depan UMNO dan BN..



Salam,

Calon harapan telah dipilih bagi menggalas panji-panji perjuangan BN/Umno mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang sudahpun diketahui. Harapan menggunung tinggi disandarkan kepada Tan Sri Isa Samad, Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Tanggungjawab Tan Sri Isa adalah berat dan berliku. Tugas mempertahankan kejuaraan tidaklah mudah, namun bukanlah payah untuk Isa 'berkempen' di kawasan yang sudah menjadi gelanggang beliau sejak 23 tahun lalu.
Kini masa untuk bekerja bagi memastikan Bagan Pinang terus dalam genggaman. Episod kekalahan PRK yang dialami sejak PRU 12 lalu mesti ditamatkan..

Peluang harus diberikan kepada Isa untuk membuktikan dia benar-benar menjadi pilihan rakyat dan pengundi Bagan Pinang. Usaha gigih dan berterusan harus digerakkan agar pilihan pucuk pimpinan kali ini tidak salah atau silap. Tragedi kehilangan kerusi Kuala Terengganu mesti dielakkan.
Skrg tiba masanya untuk bekerja, kurangkan bercakap, gandakn usaha. Penting sekali, jangan melatah dan menari mengikut irama pembangkang, yang pasti akan menjadikan Tan Sri Isa sebagai sasaran.

Menurut cakap-cakap penduduk Bagan Pinang...yang mereka nak cari adalah seorang wakil rakyat dan bukannya wakil parti... Seseorang wakil rakyat itu secara automotik akan menjadi wakil parti...tetapi seseorang wakil yang dipilih oleh parti, belum tentu boleh menjadi wakil rakyat...Atas dasar itu Tan Sri Isa dipilih untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang..atas kehendak akar umbi... Disini boleh disimpulkan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..1 Malaysia.. Kepada kawan-kawan selamat berjuang habis-habisan...