Khamis, 13 Ogos 2009

Isu Arak : Hasan Ali tidak akan tunduk desakan DAP. Persolannya sampai bila boleh bertahan?


Pesuruhjaya PAS Selangor Dato'Dr. Hasan Ali telah membuat kenyataan bahawa beliau sanggup melepaskan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri sekiranya diarahkan oleh pimpinan kerajaan negeri dan pucuk pimpinan parti PAS pusat. Ternyata Dr.Hasan Ali konsisten dengan apa yang dia lakukan sebelum ini untuk menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang berkaitan penjualan minuman keras(arak) di Selangor dan berani menanggung risiko dikenakan tindakan.

Disini saya boleh kata menyokong langkah Dr. Hasan Ali kerana ternyata beliau serius untuk menangani masalah penjualan arak di selangor ini yang melibatkan orang-orang islam. Tetapi persoalannya disini, sampai bilakah Hasan Ali dan PAS Selangor boleh konsisten dan boleh bertahan? Adakah langkah yang diambil Dr.Hasan Ali ini mewakili kepada pendirian PAS, terutamanya PAS di peringkat pusat.

Ini kerana, kita lihat dari awal isu ini timbul, tidak ada seorang pun pimpinan-pimpinan dari PAS pusat yang berani untuk memberikan kenyataan menyokong pendirian & langkah Hasan Ali mengenai isu penjualan arak ini. Hasan Ali hanya dibiarkan 'terkontang kanting' seorang diri mempertahankan dirinya daripada serangan-serangan taiko-taiko dari DAP. Ternyata pemimpin-pemimpin didalam PAS ini terutamanya nakhoda kapalnya dan presiden partinya iaitu Dato Nik Aziz dan Hadi Awang terang-terang mereka adalah penakut. Mereka ternyata takut lagi dengan DAP daripada menegakkan perjuangan mereka.

Semasa isu arak ini timbul, Nik Aziz hanya berkata bahawa dia tidak mahu masuk campur urusan orang di negeri lain. Ini apa punya statement ni? Sepatutnya sebagai seorang Tuan Guru/Ulamak , Nik Aziz seharusnya memberikan komen dan pendapatnya yang jelas. Ini bukan isu biasa, tetapi ini adalah isu besar yang mana ia melibatkan orang-orang islam dan sensitiviti agama. Ini melibatkan kepimpinan PAS. Adakah ini ulamak-ulamak yang selama ini PAS selalu puja-puja. Bila ada sesuatu isu yang kena pada orang-orang UMNO & BN bukan main lagi cepat-cepat Nik Aziz dan orang-orangnya bagi komen, tapi bila sesuatu isu timbul yang kena pada parti kawan-kawan sebantal dia, boleh plak dia no komen dan berdolak dalik. Ini ke perjuangan PAS sebenarnya?

Kita lihat tak lama dulu, isu kontroversi bogel exco Selangor Elizabeth Wong dengan lelaki melayu dan diambil gambar bogel, Nik Aziz boleh bagi komen, mempertahankan exco bogel tu, dan kata itu hak dia nak berbogel ke atau tak ... Tapi bila isu-isu melibatkan orang-orang BN (contohnya kes Chua Soi Lek), tak sempat-sempat pemimpin PAS nak bagi komen, kutuk dan keluarkan macam-macam fatwa. Inilah realitinya perjuangan sempit parti politik yang bernama PAS. Menggunakan nama diatas perjuangan Islam, tetapi realitinya Islam hanya digunakan untuk tujuan kepentingan berpolitik semata-mata dan hanya untuk merebut kuasa.

Di Selangor misalannya, PAS dan Dr.Hasan Ali dulu sebelum berkuasa bercakap dan berjanji macam-macam pada rakyat. Nak hapuskan babi, nak tutup kilang arak, nak hapuskan kedai judi, rumah urut dan macam-macam lagila janji kepada rakyat. Tetapi setelah diberikan kuasa memerintah, adakah PAS mereka benar-benar konsisten dengan perjuangan mereka. Ternyata hipokrit dan hanya mengaburkan mata dan menipu rakyat. Jelas disini, PAS di Selangor hanya menjadi parti tempelan sahaja kepada Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri PR melalui mesyuarat exco pada sebelum ini dulu telah membuat keputusan bahawa tidak akan ada lagi masjid-masjid baru yang akan dibina di seluruh negeri Selangor, tetapi sebaliknya mesyuarat telah memberi kelulusan kepada kuil-kuil dan gereja-gereja untuk diperbesarkan. Tidak hairanlah nanti, kita lihat akan adanya kuil-kuil atau gereja yang dibina di Selangor ini setaraf dan sama besarnya dengan masjid-masjid. Adakah ini yang PAS bangga2kan untuk membawa Islam di Selangor?

Persoalannya disini, adakah PAS telah memperjuangkan Islam yang lebih baik daripada UMNO sebelum ini? Jawapannya sudah tentu tidak. Seingat saya, sepanjang menjadi kerajaan di Selangor sebelum ini, walaupun ada kekurangan, UMNO tidak pernah sesekali berkompromi kepada perkara-perkara yang boleh menganggu gugat kedudukan agama Islam di negeri ini, apatah lagi perkara-perkara yang menyentuh sesitiviti agama khususnya dan masyarakat amnya. Kita harus sedar dan insaf tentang perkara ini, bahawasanya ' Tidak ada satu kerajaan pun yang sempurna didunia ini, melainkan kerajaan Nabi SAW dan para-para sahabatnya.

Jelas sekali, sebenarnya DAP & PKR menjadi lebih dominan daripada PAS didalam kerajaan negeri PR di Selangor ini. Segala tindak tanduk DAP dan PKR selepas ini sudah tentu akan mendapat sokongan dari kedua-dua mereka, dan PAS selepas ini akan menjadi seperti 'bola' yang akan sentiasa di sepak terajang ke sana ke mari oleh kerajaan Pakatan Rosak ini untuk menjaringkan gol. PAS harus sedar semua ni, bahawa mereka sebenarnya telah diperalatkan, ditunggangkan, ditonggengkan dan dicucuk dari belakang oleh rakan-rakan sebantal mereka untuk kepentingan parti masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan