Selasa, 11 Ogos 2009

Isu dalaman Pakatan: Dirancang atau secara kebetulan?



Perkembangan semalam sememangnya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keadaan Pakatan Rakyat boleh diibaratkan seperti "retak menanti belah" berikutan polemik serta pelbagai masalah yang dihadapi antara parti-parti dalam pakatan tersebut.

Pakatan Rakyat kini sedang berhadapan dengan isu terbaru iaitu perbalahan antara PAS dan DAP di Selangor berhubung isu penjualan arak. Ini antara siri isu yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Ternyata Pakatan Rakyat yang hanya dibentuk semasa pilihanraya umum, umur setahun jagung tidak boleh sebenarnya untuk mentadbir, apatah lagi ingin ke putrajaya untuk membentuk kerajaan pusat. Boleh lihat apa yang dah berlaku di Kedah, Perak, Pulau Pinang & di Selangor. Segala janji2 manis semasa PRU 12 hanya setakat diatas kertas.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencabar PAS supaya keluar daripada pakatan pembangkang atas alasan PAS menerima layanan baik daripada rakan-rakannya di dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR. Secara langsung ia telah merujuk kepada perkembangan semasa yang berlaku khususnya di Selangor.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah menekankan bahawa Selangor perlu kembali kepada BN kerana ia merupakan nadi kepada pembangunan negara. Tetapi dengan syarat parti2 komponen BN harus insaf dan sanggup melakukan perubahan (sedar diri).

Pandangan2 ini dikeluarkan ketika tumpuan beralih ke arah kerusi Dewan Undangan Permatang Pasir, yang tarikh pilihan raya kecilnya telah ditentukan oleh SPR iaitu pada 25 Ogos 2009 (awal ramadhan).

Jadi, isunya disini bukan sahaja pilihan raya kecil Permatang Pasir menarik untuk kita lihat, malah apa yang turut menarik perhatian adalah isu yang akan dicanangkan semasa menjelang pilihan raya kecil ini nanti.

Ini bukan kali pertama isu-isu seperti ini timbul atau dibangkitkan menjelang pilihan raya kecil. Malah sebelum ni, di Kedah PAS & DAP pun pernah bertelagah pasal isu babi, tetapi lepas tu mereka boleh berlaga2 pipi balik. Inilah lakonan mereka.

Kali ini isunya adalah berkaitan penjualan arak di Selangor, yang mana melibatkan PAS & DAP jugak. PAS mahu kerajaan negeri yang dikepalai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR untuk melaksanakan peraturan baru bagi mengawal jualan minuman keras di kawasan-kawasan yang penduduk majoritinya adalah masyarakat Islam.

Idea PAS selangor ini juga telah disambut baik oeh UMNO. Tetapi hakikatnya PAS di Selangor adalah hanya diibaratkan celah gigi je bagi DAP & PKR. Dua bulan dulu, DAP mencabar PAS di Kedah. Kini di Selangor PAS pula mencabar DAP.

Tapi percayalah,akhir dari sandiwara ini nanti kita akan dapat lihat PAS & DAP akan berpeluk & berlaga pipi balik. Ini semua wayang dari pakatan je.Dapat pulak MB yang macam Khalid Berahim yang jenis hidupnya 2 alam.
Sama ada isu ini diutarakan secara kebetulan ataupun sebaliknya masih belum ada gambaran yang jelas. Tetapi pihak dalaman Pakatan Rakyat sendiri menganggap ini sebagai isu kecil atau isu tempatan yang tidak akan membawa kesan ke atas Pakatan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Tetapi aspek yang ingin ditekankan di sini ialah soal 'masa' isu-isu ini, walaupun kecil dan setempat, timbul dan dibangkitkan.

Menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, fokus beralih kepada kerajaan perpaduan dan perkembangan-perkembangan lain yang berkaitan. Sebelum itu, isu DAP untuk memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat di Kedah. Begitu juga ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Gantang, Perak empat bulan yang lalu.

Malah ada juga isu-isu macam ni yang muncul dari semasa ke semasa yang dibangkitkan oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat sendiri.

Dari segi survival politik timbul persoalan sama ada isu-isu kecil dan setempat ini, malah yang bersifat dalaman, ditimbulkan untuk menarik perhatian orang ramai je.

Ataupun ia dibangkitkan bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat masih ‘wujud’ dan nak popular sepanjang masa.

Inilah isu sebenarnya yang telah dirancangkan oleh pakatan rakyat untuk kekal popular. Sebabnya diorang ni bukannya nak berkhidmat, tetapi hanya nak popular.

Publisiti itu hanya akan menggerakan kesegaran sesebuah parti politik.

Strategi inilah yang telah digunakan sebenarnya oleh Pakatan PAS, DAP & PKR sejak kebelakangan ini.

2 ulasan:

  1. Salam AD,

    Anak muda, Selamat menulis untuk mendedahkan kebenaran, selamatkan Selangor dari penjarah-penjarah bangsa dan agama....

    BalasPadam
  2. selain menulis cuba rapatkan dengan pengundi..insyaallah selangor kembali kepada BN

    BalasPadam