Rabu, 12 Ogos 2009

Pengkhianat: Anwar mahu Umno bertanggungjawab soal keselamatannya


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti umno secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Ini ayat Anwar "Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya. Saya telah diberitahu bahawa terdapat usaha daripada pemimpin dan bekas pemimpin Umno untuk lakukan sesuatu bagi mengganggu mesyuarat-mesyuarat dan program-program yang akan kita adakan,"....

Anwar kata, dia bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut "perkauman."

Yang peliknya kenapa dia nak takut. Kawan baik dia DAP kan ada ramai taiko2 & samseng2 yang boleh jaga dia & anak beranak dia. UMNO rasanya tak pernah pun ugut2 dia. Kita hanya menyokong secara beramai-ramai mempertahankan kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin bahawa Anwar Berahim ni sememangnya seorang pengkhianat kepada perjuangan bangsa melayu.

Sememangnya Anwar ni adalah pengkhianat bangsa yang telah memecahbelahkan orang2 melayu. Perjuangan dia sebenarnya lain takde iaitu hanya kemaruk nak jadi Perdana Menteri. Sebab itu selagi orang yang bernama Anwar Berahim ni masa ada, selagi itulah orang2 melayu akan berpecah & akan membawa kepada permusuhan kepada orang2 melayu khususnya & kepada negara amnya.

Semalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin.

Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.

Kumpulan itu berhimpun kirakira sejam setengah dengan membawa beberapa sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin serta menyelar Anwar.

Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.

Yang Dipertua DPMP, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, angkara Anwar sejak kebelakangan ini menghakis perpaduan orang Melayu dan kaum di negara ini.

2 ulasan:

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana berani menyuarakan pendapat melalui blog.

    Sama2 kita berjuang menjawab segala dakyah2 yang dilemparkan kepada kita dan seterusnya menerangkan strategi kotor pimpinan Anwar Ibrahim.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, EN. ABD. RAZAK MUHAMAD mengucapkan Salam Persahabatan khas buat anda..

    Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

    SHAMSURY MOHD SALLEH
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
    BHG. WANGSA MAJU.

    ps : Blog anda kami senaraikan (link) antara blog pilihan di blog kami

    BalasPadam
  2. Terima Kasih UMNO Caw.Gombak Selatan..sama-sama kita berusaha & teruskan perjuangan demi Agama, Bangsa & Negara...

    BalasPadam