Isnin, 10 Ogos 2009

Selangor perlu kekal di tangan BN kerana ia nadi kepada negara - DS Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau mahu Selangor dikembalikan semula kepada tangan Barisan Nasional kerana negeri itu adalah penting sebagai nadi negara.

Peluang untuk Barisan Nasional (BN) berkuasa di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat partiparti komponen yang diterajui Umno sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah, kata beliau yang juga Presiden Umno semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, Umno tidak boleh mempunyai perasaan benci kepada orang lain dalam keluarga BN dan perlu berjuang bersamasama dalam satu keluarga besar berganding bahu berjuang secara seia sekata dan sehaluan.

"Ini harapan saya... pesanan saya kalau hendak menang buat cara nak menang, jangan kita kata nak menang tapi perbuatan kita menempah kekalahan," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Najib berkata, perancangan itu yang dipanggil sebagai "Formula Pekan" telah membawa beliau ke persada yang lebih tinggi di dalam politik negara sehingga menjadi Perdana Menteri dan presiden parti. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan